Pentadbiran Am JPM yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Dan Sumber Manusia (BPPSM) telah disusun semula menjadi enam (6) bahagian iaitu Bahagian Inovasi & Pengurusan Sumber Manusia (BIPSM), Bahagian Kewangan dan Pembangunan (B.Kew), Bahagian Akaun
(BA), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Bahagian Audit Dalam dan Unit Komunikasi Korporat (UKK).
Kesemua enam (6) bahagian tersebut berada di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan dibantu oleh Timbalan Ketua Setiausaha dan Penasihat Undang-Undang. Struktur ini berkuatkuasa sejak Mei 2007 melalui Waran Perjawatan Bil. A 49 Tahun 2007, Bil. A 90 Tahun 2007 dan
Bil. A142 Tahun 2008. |